Friday, 7 December 2012

paMperS.......????

benarkah bahawasanya hidup kita ini bergantung kepada pempes???
hurmm.. kalau jawapan dr segi Islamaic,

KITA HANYA BERGANTUNG KEPADA ALLAH..

tp buat masa nie ak bukan nak berckp pasal ketuhanan... hurmm..

berbalik semula tajuk utama kita.. bagi ak.. ye... pempers amat penting dlm hidup kita.. sejak kita baby lg kita dipakaikan lampin... tp bile dah besar kita dah x pakai benda tu... sape ckp??? org prempuan perlu tau benda tuu tp xde laa panggil lampin or pempers... diorang panggil p** (hanya perempuan shj y memahami..heheehehee.. alaaa... tuu mase muda terang tang tang je... time monopos da x pakai.. sape kate??? time monopos pun pampers nie penting lg tau.... knp plak??? sbb, korang penah dengar x ad org kate bila kita dah tua, perangai kita akan berbalik semula kpd perangai kanak2... haaaaaaa..... tuu laa psal.. org y dah lanjut usia, kekadang sistem 'kumbuhan' mereka bermasalah...mereka tdk sedar terdapat 'lelehan' y mengalir.... (sesetengah org je, x semua kot), so, mereka memerlukan pempers supaya lelehan tuu tdk mengena pd pakaian mereka.... hurmm.. pentingnya lampin or pempers dalam hidup kita...

sewaktyu kita bayi, kita x pandai utk menyuci najis kita sendiri... so, ibu kita y kebanyakkan mengambil peranan utk menyuci najis tersebut... menukarkan lampin kita.. xkire mase.... bile lampin 'full', cpt2 je beliau tukarkan lampin supaya kulit kita x dijangkiti kuman...... ibu kita menukarkan lampin kita tak pernah mengeluh.... apatah lg rase geli.... lihat, besarnya jiwa seorg ibu.....

tp, adakah kita mampu utk menukarkan lampin ibu bapa kita apabila mereka mengalami msalah y ak nyatakan d atas td??? adakah pasti y kita xakan mengeluh apabila menukarkan lampin mereka??? adakah kita tdk merasa geli bila mmbasuh najis mereka???? adakah...adakah...adakah.....???? byk persolan y timbul.... namun, tepuk laa dada dan tanyalah iman korang utk menjwb persoalan tuu....

alaaaa.. ibu bapa kita kan dah besar, xkan lampin sendiri pun x boleh nak tukar sendiri???? ni lah persoalan y akan di utarakan bile nak buat alasan.... korang ingat mudah ke nak pakai lampin??? tunggu korng ad masalah tuu barulah korg tau senang ke susah... (tp minta jauh laa dr dpt  masalah tuu)...

pengajarannya di sini, ibu bapa kita snggup buat ap shj demi kita tp kenapa kita x boleh nak balas js baik mereka.. ye.. jasa mereka xakan mampu kita bayar tp selagi kita masih mampu berbakti kpd ibu bapa kita, berbaktilah.... sesungguhnya, redha ALLAH terletak pd redha kedua ibu bapa kita... dan y paling penting, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu....

berbaktilah kepda ibu bapa tanpa merungut...... 

peace no war... :)


Thursday, 29 November 2012

TerDiaM???

~...gambar hiasan...~



Aku sejak kecil lagi memang suka bercerita... masuk je dalam van (otw balik rumah), mulut ni pot pet pot pet x henti2 story telling kat umi abah aku.. dah ke jarak dari sekolah aku ke rumah tu ambil mase selama 30minit.. hurmm..maknanya aku bercerita tanpa henti selama 30 minit... (cite spangebob 30minit pun ada gak iklannya, aku nak ada iklan? memang x laa kan..huhuuu...) jenuh umi abah aku dengar aku bercerita...semua benda yang berlaku kat sekolah aku cite... sampai benda yang x berkaitan pun aku story gak... (dahsyat gak aku rupenya..baru tau...hahaha)

sampai laa suatu hari, tengah khusyuk aku bercerita, tut2 tetibe umi aku bersuara...... "bedah, boleh x bedah diam satu hari ni......"

whattt....???? tergamam aku seketika... memang senyap terus aku mase tuu.. sepanjang perjalanan senyap seribu bahasa... hurmmm.. bukan hari tuu je aku senyap, keesokan harinya, naik je van, aku terus buat2 tido... kononnya nk protes sebab x bagi aku bercerita.... keesokan, keesokan, keesokan dan keesokan hari tuu pun aku diam membisu... (teruk gak tahap protes aku..huhuu)

hinggalah suatu hari, seperti hari sebelumnya, aku naik van, aku diam tanpa kata2.. maka terdengarlah suara umi berkata2... "alahai bedah, umi tegur sikit mcm tuu pun xkan nak protes lagi... umi x marah pun.... " nak menangis rase bile dengar umi aku kate macam tuu...  maka keesokan harinya, aku dah x lagi protes... aku teruskan tabiat aku yang suka bercerita tuu tapi aku selitkan juga "iklan" supaya tidaklah org yang mendengar itu stress.... heheheee...

pengajarannya di sini, xsemua orang nak dengar kita bercerita lebih2 lagi bercerita pasal masalah yang x pernah berkesudahan.... selain tuu, kot yee pun nak protes, jgn laa lame2 sampai buatkan hati org yg menegur tuu x senang.. sebaik2nya jgn protes tapi terimalah teguran org dengan hati terbuka...

peace no war... :D

Thursday, 1 November 2012

~...SaHaBaT...~


Wahai Sahabatku,
Kenangan indah bersamamu sungguh mendamaikan hatiku,
Terima kasih atas segala pengorbananmu untukku,
Aku hanya hamba tak mampu membalas kebaikanmu,
Namun aku selalu berdoa agar dirimu,
Sentiasa dirahmati & diberkati
RABBUL IZZATI.

Sahabatku,
Kau amat bermakna bagiku,
Kau menemaniku dikala kesepian,
Mendakap jiwaku yang inginkan ketenangan,
Aku ingin kau tahu aku bukanlah yang terbaik untukmu,
Tapi aku akan sentiasa bersedia menemanimu,
Dikala kau memerlukan ku,
Dan inginkan bantuanku,
Sayang Sahabatku
<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

Friday, 26 October 2012

~...Selamat Hari Lahir Adikku...~

Wahai adikku,

   Tiada hadiah yang lebih istimewa yang pernah ku terima selain dirimu. Terima kasih kerana sudi menerima cacat cela diriku. Tiada hadiah yang dapat ku hulur sempena hari istimewamu ini. Tapi.... doa ini akan sentiasa mengalir untukmu......

Ya ALLAH......

   Insan ini amat bermakna buatku. Insan ini AnugerahMu buatku. Namun, aku tak mampu melindunginya setiap waktu. hanya Engkau yang mampu menjaganya jauh lebih baik berbandingku. Oleh itu aku merayu, lindungilah dia dari segala bencana, tabahkan hatinya menghadapi ujianMu, jangan Kau tutup pintu hatinya untuk menerima hidayahMu. "Andai cintanya padaMu hilang, maka hilangkanlah juga cintaku padanya..." 

SELAMAT HARI LAHIR.. (~sweet seventeen~).... dariku yang sentiasa mengingatimu...

Wassalam..


Salam sayang,
~...akak...~

ukhuwah fillah abadan abada...amin..

سورة الفاتحة - Surah Al-Faatihah - (Pembukaan)

Image Al-Quran

A001
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

A002
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

A003

Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

A004

Pemilik hari Pembalasan (hari akhirat).

A005

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

A006

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

A007

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.