KISAH BENAR....
Ada sepasang couple, seorang lelaki yang diberi nama mohd dan seorang wanita yang bernama aida... mereka saling menyintai.. demi pasangannya, dia sanggup buat apa sahaja asalkan dia dapat melihat seulas senyuman di bibir pasangannya itu..
pada suatu hari, alhamdulillah..Allah telah menjemput aida menjadi tetamuNya utk mengerjakan umrah pertamanya pada usia yang muda... dengan hati yang tenang, aida menyahut seruan ILLAHI untuk mengerjakan umrah selama 9hari.. sepanjang 9hr itu juga aida terputus hubungan dgn mohd buat sementara waktu kerana segala jenis alat komunikasi aida tinggalkan di rumah...maka rindulah mohd akan aida dan dia setia menanti kepulangan aida...
aida mengerjakan umrah bersama-sama dgn kedua ibubapanya... sepanjang mengerjakan umrah, aida byk membantu ibunya yang agak uzur.. di tanah suci, kesabaran amat-amatlah penting demi menempuh ujian dari ALLAH..
pada suatu hari, perasaan aida ada sedikit tersinggung melayan karenah ibunya...demi tidak menyakitkan hati ibunya, dia hanya senyap dan cuba menjauhkan diri buat sementara waktu.. tanpa aida sedar, dia telah menyanyi sebuah lagu... padahal dia tidak hafal pun akan lagu itu tetapi dia lancar melagukan lagu tersebut y di beri tajuk "Kau Dipaksa Aku Terpaksa" yang dinyanyikan oleh Scan...(aku xsalahkan lagu ni.. kalau lagu lain pun sama je.. cuma aku nak menceritakan kejadian y terjadi).. aida melagukan lagu itu berkali2 tanpa dia sedar y dia berbuat begitu di tanah suci.....
setiba aida di tanah air, tanpa membuang masa, aida terus menelifon mohd menggunakan public phone di KLIA... sungguh mohd merindui aida.. terdengar suara gembira mohd di corong telifon. maka terlepaslah kerinduan mereka berdua...
hubungan mereka berterusan sehingga aida mendaftarkan diri ke IPTA... jd makin eratlah hubungan mereka kerana mereka tinggal berdekatan... mereka merasa amatlah bahagia..
namun 6bulan kemudian, telah terjadi suatu kejadian y x diingini... mohd bertunang dgn seorang wanita atas permintaan keluarganya.. pada ketika itu, mereka berdua tidak dapat berbuat apa-apa lg... pertunangan mohd diteruskan.. aida pasrah... namun, oleh kerana mereka saling menyanyangi, perhubungan mereka masih diteruskan... namun, terdapat jurang diantara mereka setelah mohd bertunang... hampir setiap bulan mereka bergaduh... namun kerana sayang, mereka teruskan hubungan mereka sehinggalah mohd diijab kabulkan dgn wanita tersebut....
berderai airmata aida menanggung sebak didada.... bertambah sedih bila menyedari hakikat bahawa kekasih hatinya telah menjadi milik sah wanita lain.... Allah shj y tau... tapi, perkahwinan mohd tidak menjadi penghalang bagi mereka terus berhubungan secara sembunyi...
walaubagaimanapun, kebahagiaan mereka suatu masa dahulu tidak sama dgn kebahagiaan mereka setelah mohd nikah... bertambah-tambah jurang di antara mereka... hubungan mereka makin lama makin renggang dan bermasalah walaupun mereka saling sayang menyayangi...
isteri mohd menyedari akan sikap mohd yang agak pelik.. maka tahulah dia bahawasanya mohd berhubung dgn aida.. isterinya memberitahu kpd mak mertuanya akan hubungan aida dan mohd.. sungguh, mak mohd cukup kesal dan kecewa akan kejadian tersebut..lalu, aida mendapat amaran dari mak mohd supaya jangan berhubung lagi dgn mohd... sedihnya hati aida tiada siapa yang tahu...
jika dihayati akan lirik lagu Kau Dipaksa Aku Terpaksa, lirik2 lagu itu menggambarkan situasi aida dan mohd... barulah aida sedar bahawasanya, lirik2 lagu y dia nyanyikan dulu sewaktu melakukan umrah telah termakbul.. itu bermakna, lagu yang dia nyanyikan dulu telah menjadi suatu doa buatnya....tambahan pula dia menyanyikan lagu itu di tanah suci di mana tempat termakbulnya doa...
pengajarannya di sini, betullah ada orng yang menyebut, kata-kata boleh menjadi satu doa... jd, berhati-hatilah apabila menyanyikan sesebuah lagu itu tambah-tambah lagi jika lagu itu kita tak tahu maknanya.. silap haribulan, boleh terkeluar dr agama Islam.. nauzubillah...
Kau Dipaksa Aku Terpaksa
Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki
Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah
Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara
Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan
Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita
Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut



